Sejarah Larut Utara (kawasan persekutuan)

Kawasan Larut Utara terletak di utara negeri Perak yang juga bersempadan dengan negeri Pulau Pinang.[1] Ia diciptakan dari Larut-Matang. Walaubagaimanapun, kawasan Larut Utara telah dihapuskan pada tahun 1974 dan kini ia telah digantikan dengan Larut. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan iaitu pertama kali dipertandingkan pada 19 Ogos 1959.[2] Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1959, sebanyak dua calon telah bertanding di kerusi parlimen Larut Utara. Mereka ialah Tajudin Ali dari Parti Perikatan, dan Ibrahim Alla Ditta dari Persatuan Islam Se-Malaya/Tanah Melayu (kini Parti Islam Se-Malaysia). Tajudin telah menang dan telah menewaskan satu calon lain dengan mendapatkan undian sebanyak 16,830.[3]

Kawasan parlimen Larut Utara merangkumi Subdaerah Selama, dua mukim di Daerah Larut dan Matang, Batu Kurau, kawasan perkampungan Pondok Tanjong, Kamunting dan kawasan Museum di bahagian utara Jalan Swettenham di kawasan Majlis Perbandaran Taiping.[4]

Rujukan

WikiPedia: Larut Utara (kawasan persekutuan) http://www.singapore-elections.com/malaysia-electi... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-200... http://www.spr.gov.my/index.php/component/content/... http://web.archive.org/web/20160604045153/http://w... http://web.archive.org/web/20170325081127/http://w... https://archive.org/details/penyata-pilehanraya-um... https://web.archive.org/web/20160424120924/http://... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised...